Rawang Homestay - Tempat-tempat Menarik di Rawang
Rawang Homestay - Tempat-tempat Menarik di Rawang - Terdapat pelbagai tempat menarik di Rawang terutamanya, air terjun dan sungai-sungai yang belum dicemari. Salah satu tempat menarik di Rawang adalah Air terjun Kanching terletak di Hutan Lipur Kanching, kira-kira 1km dari Taman Rimba Templer. Jaraknya dari Kuala Lumpur kira-kira 18km dan dari bandar Rawang kira-kira 4km. Hutan Lipur Kanching Ada 7 tingkat air terjun kesemuanya di Hutan Lipur Kanching, dan pada setiap tingkat ada kolamnya yang tersendiri yang boleh mandi-manda. Untuk sampai ke sini setelah parking kenderaan di bahagian pintu masuk, mesti berjalan kaki mengikut laluan yang telah disediakan. Hutan Lipur Kanching Antara kemudahan awam asas yang disediakan ialah surau, tempat parking kenderaan, gerai jualan, tandas, tempat rehat, rumah tumpangan dan beberapa lagi. Dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan air terjun, semoga selamat semuanya. Pernah dengar yang namanya Taman templer atau yang d