Rawang Homestay - Tempat-tempat Menarik di Rawang

Rawang Homestay - Tempat-tempat Menarik di Rawang - Terdapat pelbagai tempat menarik di Rawang terutamanya, air terjun dan sungai-sungai yang belum dicemari. Salah satu tempat menarik di Rawang adalah Air terjun Kanching terletak di Hutan Lipur Kanching, kira-kira 1km dari Taman Rimba Templer. Jaraknya dari Kuala Lumpur kira-kira 18km dan dari bandar Rawang kira-kira 4km.

Hutan Lipur Kanching
Ada 7 tingkat air terjun kesemuanya di Hutan Lipur Kanching, dan pada setiap tingkat ada kolamnya yang tersendiri yang boleh mandi-manda. Untuk sampai ke sini setelah parking kenderaan di bahagian pintu masuk, mesti berjalan kaki mengikut laluan yang telah disediakan.

Hutan Lipur Kanching

Antara kemudahan awam asas yang disediakan ialah surau, tempat parking kenderaan, gerai jualan, tandas, tempat rehat, rumah tumpangan dan beberapa lagi. Dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan air terjun, semoga selamat semuanya.

Pernah dengar yang namanya Taman templer atau yang dikenal dengan nama Templer Park , ianya adalah Hutan Lipur yang sangat cantik buat anda sekeluarga, Templer Park ini merupakan sebuah tempat istirehat menarik di Malaysia yang berada berada di Daerah Rawang Selangor dan jauh dari hiruk pikuk suasana bandar Kota yang penuh dengan kebisingan. Taman Templer ini anda akan mengalami pengalaman yang sangat menakjubkan dengan lingkungannya yang tenang dan nyaman yang bisa membuat anda lupa akan kehidupan kota.

Templer Park Rawang
Pemandangan Indah Dari Balkoni Templer Park Rainforest Retreat

Lokasi Templer Park Rawang 
Templer Park berada dikawasan hutan simpan dalam negeri Selangor, Taman ini hanya berjarak 6 Kilometer dari Bandar Rawang dan hanya 22 Kilometer dari Kuala Lumpur, Luas Templer Park diperkirakan sekitar 1. 214 Hektar. Nama Templer Park Rawang diberikan sempena Menghormati Sir Gerald Templer iaitu seorang Pesuruhjaya Tinggi Inggeris Di Malaya suatu ketika dahuku. Kawasan Templer Park sendiri terletak di deretan Lingkungan Bungalow dan juga Cluster yang memiliki 5 Bungalow.

Anda Boleh Menikmati Pemandangan indah dari Kolam renang ini

Untuk menginap di kawasan ini anda boleh memilih Villa mana yang ingin anda menginap samada Villa lama atau Villa baru. Untuk pengetahuan anda Villa lama agak jauh ke dalam dan jika malam hari ia nampak terlalu gelap, dan alternatifnya pilihlah Villa baru.

Beautiful Deck Design at Templer Park Rainforest Retreat

Harga Tiket Masuk dan Penginapan Di Templer Park Rawang
Kos penginapan di Templer Park Rainforest Retreat adalah RM 704.00 semalam untuk 4 orang, Bayaran tambahan adalah dari RM 151.00 untuk seorang, Anda juga perlu membayar deposit sekitar RM 312.00 dan boleh diambil kembali semasa check-out.

Shopping Center
Jika anda seorang kaki 'shopping', Rawang juga mempunyai Hypermarket untuk anda membeli belah seperti di AEON Rawang, MyDin Rawang, Giant Rawang, Rawang-Walk dan Tesco Rawang. Terdapat pelbagai pilihan butik, sport outlet dan busana muslimah di semua Hypermarket ini. Harganya juga berpatutan. 

Rawang Walk dan Giant

Comments